Posts

Showing posts from 2018

Persediaan Kelengkapan Si Comel & Ibu Sebelum Menyambut Kelahiran

Image
Jom check dah cukup ke belum? huhuhu Persediaan Untuk Si Comel : #1 Pakaian Bayi Untuk pakaian si comel, pastikan 100% daripada kain kapas. Pada awal kelahiran sediakan beberapa helai dan seterusnya mengikut tumbesaran si comel. Pakaian asas serta cadangan bilangan adalah: – rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang & seluar 2 helai ( susun dalam beg letak sepasang2 , supaya lebih mudah hehe) –  mitten, booties & hat – bedung – pampers – barut – selimut #2 Keperluan Menyusu Si Comel Jika bayi susu badan sediakan keperluan berikut: - Baju dalam khas menyusu - Pengepam susu - Bekas simpanan susu, botol serta puting susu  - Sapu tangan (jika susu tumpah) Bagi pilihan susu formula, sediakan juga:  - Susu formula - Termos air panas - Botol susu dan bekas air masak. #3 K elengkapan Mandian Si Comel Kelengkapan asas mandian termasuklah : - Tuala (cari tuala yang lembut dan jika berhud, ia memudahkan untuk membendung b...

APA ITU HFMD??

Image
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Yang Ibu Bapa Wajib Titik Beratkan.   Apa itu penyakit HFMD? Penyakit tangan, kaki dan mulut   (hand foot and mouth disease) atau singkatannya  (HFMD) yang lebih dikenali sebagai penyakit berjangkit disebabkan oleh jangkitan Virus  Coxsackie  dan   Virus Enterovirus.   Mungkin kita ada terdengar sekolah, tadika, taska mahupun pusat jagaan di tutup kerana penyakit HFMD. Secara amnya, kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah sering dijangkiti HMFD ,  namun kanak-kanak di  bawah 5 tahun  adalah yang paling berisiko untuk dijangkiti. Tapi,  orang dewasa juga boleh terkena  virus ini. Bagaimana HFMD berjangkit? HMFD merebak dari individu ke individu yang lain secara langsung dengan lelehan hingus, air liur, najis serta peluh daripada mereka yang di jangkiti. Simptom HMFD Pada Bayi & Kanak Kanak 1. Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius) 2. Sakit tekak 3. U...

Cara Urutan Bayi Selepas Mandi, Supaya Tidur Lena Pada Waktu Malam

Image
Cara Urutan Bayi Selepas Mandi Urutan yang memudahkan bayi untuk tidur lebih lena pada waktu malam. Berikut adalah cara urut bayi yang boleh anda jadikan rutin harian si comel! 1. Sediakan Tempat Baring Yang Selesa Pertama sekali, sediakan tempat yang selesa untuk mengurut bayi. Selepas mandi, keringkan bayi dengan tuala supaya bayi tidak berasa sejuk. Pakaikan lampin jika khuatir bayi akan membuang air semasa diurut. Pastikan semua kelengkapan telah ada di sisi supaya anda tidak perlu bangun dan bergerak ke mana-mana sepanjang sesi urutan nanti. Kelengkapan yang akan digunakan adalah: Minyak Urut Tuala Kecil Pakaian Bayi Selimut Bayi                   2. Tumpukan Perhatian Terhadap Bayi Sebaiknya, anda juga perlu berada dalam keadaan yang selesa dan tenang untuk mengurut bayi. Basuh kedua belah tangan terlebih dahulu dengan bersih dan matikan/mode senyap telefon bimbit agar tiada gangguan supaya anda hanya fokus pa...