Persediaan Kelengkapan Si Comel & Ibu Sebelum Menyambut Kelahiran

Jom check dah cukup ke belum? huhuhu



Persediaan Untuk Si Comel :



#1 Pakaian Bayi

Untuk pakaian si comel, pastikan 100% daripada kain kapas. Pada awal kelahiran sediakan beberapa helai dan seterusnya mengikut tumbesaran si comel.

Pakaian asas serta cadangan bilangan adalah:

– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang & seluar 2 helai ( susun dalam beg letak sepasang2 , supaya lebih mudah hehe)
– mitten, booties & hat
– bedung
– pampers
– barut

– selimut

#2 Keperluan Menyusu Si Comel

Jika bayi susu badan sediakan keperluan berikut:
- Baju dalam khas menyusu
- Pengepam susu
- Bekas simpanan susu, botol serta puting susu 
- Sapu tangan (jika susu tumpah)
Bagi pilihan susu formula, sediakan juga:
 - Susu formula
- Termos air panas
- Botol susu dan bekas air masak.


#3 Kelengkapan Mandian Si Comel

Kelengkapan asas mandian termasuklah :
- Tuala (cari tuala yang lembut dan jika berhud, ia memudahkan untuk membendung bayi selepas mandi)

-  Baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud)

-  Lengkapkan lain seperti pengetip kuku, penyedut hidung, termometer dan sikat.

-  Carilah mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH 5.5

-  Baby wipes

Persediaan Untuk Ibu :


#4 Checklist Barang Mommy

- Baju Lengan Panjang Berbutang (Nursing Friendly) 
- Kain Batik
- Tuala 
- Maternity Pad
- Tudung Sarung/Shawl
- Stokin & Sliper
- Mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
- Toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)


Keperluan Lain : 

– Nursing Bra
– Nipple Cream
- Thermos
- Horlicks 3in1
- Biskut2
- Kurma & air zam zam 




#5 Barang Wajib Bawa Sebelum Ke Hospital

- Kad Pengenalan
- Buku Pink
- Yasin
- Charger/Powerbank
- Handphone


Ada lagi tak? Boleh tambah di ruang komen. Selamat bersalin! ðŸ˜€


#youbaby

Comments

Popular posts from this blog

Cara Urutan Bayi Selepas Mandi, Supaya Tidur Lena Pada Waktu Malam