Cara Urutan Bayi Selepas Mandi, Supaya Tidur Lena Pada Waktu Malam
Cara Urutan Bayi Selepas Mandi
Urutan yang memudahkan bayi untuk tidur lebih lena pada waktu malam.
Berikut adalah cara urut bayi yang boleh anda jadikan rutin harian si comel!
1. Sediakan Tempat Baring Yang Selesa
Pertama sekali, sediakan tempat yang selesa untuk mengurut bayi. Selepas mandi, keringkan bayi dengan tuala supaya bayi tidak berasa sejuk. Pakaikan lampin jika khuatir bayi akan membuang air semasa diurut.
Pastikan semua kelengkapan telah ada di sisi supaya anda tidak perlu bangun dan bergerak ke mana-mana sepanjang sesi urutan nanti.
Kelengkapan yang akan digunakan adalah:
- Minyak Urut
- Tuala Kecil
- Pakaian Bayi
- Selimut Bayi
2. Tumpukan Perhatian Terhadap Bayi
Sebaiknya, anda juga perlu berada dalam keadaan yang selesa dan tenang untuk mengurut bayi. Basuh kedua belah tangan terlebih dahulu dengan bersih dan matikan/mode senyap telefon bimbit agar tiada gangguan supaya anda hanya fokus pada bayiBercakap dengan bayi dan beritahunya bahawa anda akan mengurutnya. Walaupun bayi belum memahami perkataan, kata-kata anda dapat memberi isyarat tertentu buat bayi dan membuatnya berasa selamat. 3. Mulakan Dari Kaki
Sebenarnya anda boleh memulakan urutan pada mana-mana anggota badan bayi. Namun, kaki adalah anggota yang sesuai kerana tidak terlalu sensitif berbanding bahagian anggota yang lain.Mula-mula, tuangkan sedikit minyak dan urutkan perlahan pada bahagian tapak kaki, tumit, dan ibu jari. Kemudian, beralih ke bahagian buku lali dan seterusnya ke peha. Gunakan sedikit daya untuk menggenggam peha bayi dan tariknya ke arah bawah.-
4. Perut
Dengan menggunakan kedua belah ibu jari tangan, buat urutan dari bahagian pusat ke arah luar. Gerakkan jari perlahan-lahan daripada perut ke dada.Sekiranya bayi selalu kembung, boleh gunakan teknik urutan ‘I Love You’, dengan membuat gerakan seperti huruf ‘I’, ‘L’, dan ‘U’ seperti dalam rajah di bawah.

5. Dada
Letakkan kedua belah tangan di atas kedudukan jantung bayi. Kemudian, usap ke luar dan letakkan tapak tangan anda pada dadanya. Ulangi beberapa kali.

6. Dari Bahu Ke Tapak Tangan
Letakkan kembali kedua belah tangan anda di atas dada bayi. Ambil salah satu tangannya dan urutkan bahagian dari bahu sehingga ke pergelangan tangan si comel.Seterusnya, buat gerakan bulatan kecil pada tapak setiap tangannya dengan ibu jari anda.Lakukan dengan lembut pada kedua-dua belah tangan.

7. Belakang
Seterusnya, tiarapkan bayi dan mula mengurut dari bahu turun ke bahagian tulang belakang sehingga ke punggung bayi.Dan akhiri dengan membuat satu usapan memanjang dari bahu hingga ke hujung kaki. Gunakan sedikit tekanan dan ulangi usapan ini beberapa kali.

8. Tamatkan Sesi
Selepas selesai, pakaikan bayi pakaian yang selesa dan berilah pelukan kepadanya. Kemudian bolehlah menyusu dan mendodoikan. Bayi akan rasa selesa dan mungkin terus tertidur selepas beberapa minit tamat sesi urutan.Jika bayi meragam dan meronta semasa sedang diurut, tak perlu dipaksa. Tamatkan sesi dan cuba lagi pada lain waktu.
Jadikan Sebahagian Rutin Harian Sebelum Tidur
Setiap kali bayi diurut, secara automatik bayi juga akan tahu bahawa waktu tidurnya sudah hampir tiba. Maka apabila urutan bayi dilakukan dengan konsisten, secara tidak langsung ia juga akan memberi isyarat untuk bayi tidur dengan lebih mudah.
#youbaby
Selamat mencuba mommies!
#youbaby
Selamat mencuba mommies!




Comments
Post a Comment