APA ITU HFMD??

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Yang Ibu Bapa Wajib Titik Beratkan.
 

Apa itu penyakit HFMD?

Penyakit tangan, kaki dan mulut 
(hand foot and mouth disease) atau singkatannya (HFMD) yang lebih dikenali sebagai penyakit berjangkit disebabkan oleh jangkitan Virus Coxsackie dan Virus Enterovirus. Mungkin kita ada terdengar sekolah, tadika, taska mahupun pusat jagaan di tutup kerana penyakit HFMD.

Secara amnya, kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah sering dijangkiti HMFD , namun kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah yang paling berisiko untuk dijangkiti.Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus ini.

Bagaimana HFMD berjangkit?

HMFD merebak dari individu ke individu yang lain secara langsung dengan lelehan hingus, air liur, najis serta peluh daripada mereka yang di jangkiti.

Simptom HMFD Pada Bayi & Kanak Kanak

1. Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)

2. Sakit tekak

3. Ulser pada tekak, mulut dan lidah

4. Ruam / bintik-bintik berisi cecair (lepuhan kecil kita-kira 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin

5. Sakit kepala

6. Hilang selera makan

7. Kurang menyusu (bayi)

8. Kelihatan keletihan dan tak bermaya

Tanda-tanda lain juga termasuklah:
  • Cirit-birit
  • Muntah
           

Cara/Tips Merawat HFMD
Langkah awal yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk
 mengawal dan mengurangkan gejalanya.

  • Ubat paracetamol dalam dos spesifik yang dipreskripsikan oleh doktor untuk mengurangkan sakit / demam.
  • Makan makanan yang lembut seperti bubur, puding, aiskrim / minuman sejuk untuk mengurangkan rasa sakit pada mulut.
  • Menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas memegang anak.
  • Rehat secukupnya di rumah dan mengelakkan pergi ke tempat-tempat awam
    termasuklah taska dan pusat jagaan
  • Berkumur air garam
 


Selepas Pulih Daripada HMFD , Bolehkah Dia Di Jangkiti Semula?
YA. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.


Apakah Kesan Penyakit HFMD Kepada Wanita Hamil?


Tiada risiko untuk wanita hamil, tetapi jika kes-kes tertentu, janin boleh terjejas
Jika wanita hamil terpaksa menjaga atau memegang kanak-kanak yang dijangkiti , dia perlu membasuh tangan dengan lebih kerap atau perlu memakai sarung tangan getah sekiranya ingin menukar lampin atau mambuat rutin harian bayi tersebut.


 


#youbaby

Comments

Popular posts from this blog

Cara Urutan Bayi Selepas Mandi, Supaya Tidur Lena Pada Waktu Malam